Friday, May 7, 2010

journey to terengganu..PART 2


sambung cerita pada hari ahad pula..
bgn pagi pukul 5 untuk mandi..
selepas azan terus sembahyang subuh..
lepas sembahyang tido lagi kerana kesan actifed xhilang lagi..

kemudian tunggu utk naik bas..
disebabkan ramai yg tiada,jadi kami pn naik je bas girlz utk memudahkan driver..
tp malangnya..masih ada yg bersikap kebudak-budakan..
mereka tidak suka kami naik bas itu..
malah siap suh tunggu bas lelaki..
setelah diterangkan,baru mereka faham..
tetapi masih ada yg tidak puas hati kerana tidak dapat duduk tempat mereka..
so childish right?haha..

bertolak ke pantai batu burok..
sungguh indah..
aku teringin nak turun ambil gambar..
malangnya kerana panas,mereka tidak mahu turun..
so,driver decide untuk bawa kami breakfast..

selepas breakfast, pergi ke pasar payang..
great..a big market..
full of silk and batik..
really love to see the design..
hampir saja aku membeli sepasang baju ready made..
tapi berfikir secara rasional..
janganlah membazir..
aku hanya membeli sehelai kain batik gold linen and t-shirt labuh..

kemudian pergi ke bahagian makanan..
aku beli keropok ikan tamban isi banyak 1/2kg..
pastu xbeli pape da..terus pg tunggu bas..

again..konflik start lg..
sebab ada yg tiada pagi td sudah kembali naik bas..
so,xcukup satu seat rasanya..
terdengarlah lagi ckp2 yg mengatakan disebabkan kami lah,mereka terpaksa bersempit..
sempit sungguh kan pemikiran mereka?
kami ini sgt terasa terpinggir..
tp tetap bersabar dengan kerenah sahabat2 ni..

kemudian pergi ke Taman Tamadun Islam..
subhanallah..masjid kristal sgt cantik..
sebenarnya nak sgt pergi tgk replika masjid2 itu..
tp masa xmengizinkan..
aku pasti akan pergi di masa akan datang..

selepas iu blk bersiap2 dan solat..
menukar kepada baju kurung..
aku memakai baju batik hijau itu..
buat pertama kalinya pakai baju begitu..
terasa sungguh janggal..

setelah kemas2 dan angkut barang ke bas..
kedengaran lg mereka bising sbb xckup seat..
padahal rumah jeda dgn homestay tu 5-10minit je..
kami tetap BERSABAR..
siapakah kami ini?mengapa mereka buat begitu?
bukankah kami ini juga rakan seperjuangan mereka?

sampai di rumah Jeda..
tiada lg mood untuk mengambil gambar..
aku decide untuk makan dulu..
sudah siap mkan,nak masuk dalam rumah..
tiba2 terdengar ada org ckp2 belakang mengenai kami..
kebetulan bila mereka da abis ambil gmbr,aku siap makan..
jadi aku pergi bergambar dgn mereka..

kemudian salam dgn jeda sbb nak blk da..
on da way nk keluar rumah..
tiba2 kedengaran suara lantang dan tinggi
M*****I rupenya..
berkata dalam intonasi yang sgt tidak menyenangkan..
menyuruh kami yg naik bas lelaki supaya jgn naik bas ppuan da..
very immatured right?
we know what we're doing..
kami berasa sgt marah diherdik begitu di hadapan semua org..

bergegas ke bas untuk angkut beg..
dalam bas..kami meluahkan rasa marah terhadap mereka..
SABAR..SABAR dan terus SABAR..
but i choose to be HAPPY..

sampai R&R gambang..
tayar bas kami pulak pecah..
punya lah aku ini degil..
bergaduh dengan syed..hahaha
sgt comel..syed kelihatan xmampu nak marah da..
kitorg kuar bas jgk lepas tu..
tp ain masih rasa syed xpatot cakap macam tu kat dia
ak plak rasa nk gelak..sbb ak da biasa kot..

last skali naik bas Majlis Sukan Negara..
thanks so much..
sampai hukm kul 12 tgh malam


this journey full of EMOTION..
H.A.P.P.Y
S.A.D
A.N.G.E.R


0 comments:

Post a Comment