Tuesday, May 11, 2010

TrusT@PercayA..

0 comments
apakah itu trust @ kepercayaan ?

definisi trust oleh oxford dictionary:
"trust (noun): 'confidence, strong believe in the goodness, strength, reliability of something or somebody', 'responsibility'
have trust in (verb): 'believe in the honesty and reliability of someone of something', 'have confidence in', 'earnestly hope' "


definisi percaya oleh kamus dewan:
1 berasa yakin ttg; berasa yakin akan benarnya atau adanya sesuatu
2 yakin akan dpt mencapai apa-apa yg dikehendaki dll
3 menganggap bahawa sesuatu itu benar; mengakui kebenaran sesuatu
4 meyakini wujudnya atau benarnya sesuatu
5 anggapan atau akuan bahawa sesuatu itu ada (benar dll); keyakinan
6 keyakinan atau harapan terhadap kejujuran (kebaikan dll) seseorang

isu hari ini adalah berkaitan dengan kepercayaan..
entah mengapa isu ini timbul..
dulu aku percaya semua orang baik..
lagi2 kalo orang itu adalah kawan aku..
yang selalu berbuat baik pada aku..
sehinggakan aku terlupa untuk berwaspada..
dalam kepercayaan aku pada mereka..
aku telah ditikam dari belakang..
sampai hati kawan baik berbuat begitu pada aku..
sejak pertama kali aku terkena begitu..
aku jadi sgt berwaspada dengan orang lain..
sehinggakan aku memilih untuk menjadi lone ranger..
apa sahaja yang aku buat,biarlah aku berseorangan..
daripada bertemankan sahabat yang bertopengkan syaitan..
aku lebih rela bersendirian..
dan aku dapati aku boleh hidup begitu..
tp aku mmg bergantung pada Allah..

tp itu dulu..masa zaman sekolah..
sejak aku masuk medic..
aku cuba mengubah kembali persepsi aku..
dan kepercayaan itu datang kembali..
di saat aku gembira..
betul la kata2 orang..
jangan terlalu gembira kerna duka pasti akan melanda selepas itu..
pisang berbuah dua kali..
sekali lagi aku terkena dengan seorang yang aku boleh panggil sahabat baik..
mengapa aku begitu lalai untuk berwaspada..
mengapa aku lupa akan pesan emak kepadaku..
tp bila aku sedar..
segalanya dah pun terlambat..
aku terlupa bahawa dunia ini bujkan segala2nya baik..
aku telah bersangka baik dengan sume orang..
sehinggakan ini terjadi lagi sekali..

tp itu sume kuasa Allah..
inilah takdirnya..
aku mesti redha..
dan berwaspada..
berushalah agar kejadian itu tidak berulang kembali..
kerna ia melenyapkan semua kepercayaan aku terhadap insan bernama kawan..

satu lagi..mungkin aku perlu lebih bijak memilih kawan..
dan aku pilih untuk tidak terlalu rapat dengan semua kawan2ku..

let's build the trust again ~

Monday, May 10, 2010

GARLIC~

0 comments

Naturalle Garlic 3000mg



Price per Unit (piece): RM 17.00
Macam nak promote pula..hehe

KHASIAT BAWANG PUTIH SECARA SAINTIFIK

PENCERNAAN

Bawang putih membantu pencernaan dan menambahkan nafsu makan.Apabila dimakan mentah, bawang putih meransang perembesan air liur. Ia meluaskan tindakan pepsin (satu enzim yang membantu mencerna protein) dan menaikkan tahap asid hidroklorik di dalam perut. Ia juga meningkatkan perembesan cecair usus dan meluaskan tindakan enzim yang mencerna karbohidrat. Selain itu, bawang putih mengandungi banyak serat diet, vitamin B1, vitamin C dan baunya yang istimewa meransang nafsu makan kebanyakan individu.

PENYAKIT KARDIOVASKULAR

Bawang putih merendahkan tahap lipoprotein yang 'jahat' contohnya LDL, VDL di dalam darah. Ia juga meningkatkan tahap lipoprotein yang baik contohnya HDL di dalam darah dan menyekat pengumpulan darah. Ini bermakna penggunaan bawang putih yang berterusan boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung.

BARAH

Bawang putih menyekat pembahagian dan pertumbuhan sel darah di bahagian seperti kolon, hati, buah pinggang, kulit, esofagus, perut, pundi, buah dada dan serviks. Pati bawang putih boleh mengurangkan ketoksikan siklofosfamida, sejenis ubat yang digunakan dalam rawatan barah.

FUNGSI ORGAN

Apabila bawang putih dimakan mentah, dialil sulfida membentuk hidrogen sulfida di dalam badan. Ini dikumuh melalui paru-paru iaitu tempat antibiotik dan tindakan ransangan berlaku. Melalui saraf spina dan vagus, hidrogen sulfida meransang pelbagai organ, menggalakkan peredaran darah dan memperbaiki metabolisme.

TAHAP GULA DALAM DARAH

Bawang putih mengawal tahap gula dalam darah dengan berkesan. Ini amat penting bagi memastikan tiada gula berlebihan dalam badan. Apabila tahap gula berlebihan dalam tubuh , individu tersebut mudah dijangkiti pelbagai penyakit dan penyakit yang paling digeruni ialah kencing manis.


aku cuba makan supplement ini..
semua nya atas cadangan emak..
sebab asyik sakit kepala dan sakit perut..
rasa badan ni macam banyak angin..
bila da tr makan,rasa ok jgk la..
sebab banyak kali sendawa..n k****t...hehe
baru ringan sikit badan aku rasa..
kalo tidak,asyik rasa mcm xsihat je..

semoga Allah memberi aku kesihatan yang baik..amiin^_^


kangkung goreng cendawan~

0 comments
hari ini bgn2 pg ada ssm..
ssm abis lebih awal berbanding biasa..
sebelum pukul 11 da habis..

so,aku bercadang utk masak..
entah mengapa kebelakangan ini tekak aku tidak dapat menerima masakan kedai..
segala nya aku rasa sama saje..
atau aku yg loss appetite?
tp kat rumah makan ok je..

pergilah ke tesco seorang diri..
malas mahu pergi ke pasar basah..
sebab di tesco lebih mudah..
dan aku rasa sayur2an lebih murah..

aku tidak membeli banyak..
beli beras 1kg je..
maklum la aku ni mkn nasi byk mana la sgt..
lgpn memasak i ada mood nye..
beli ayam ayamas yg sudah disalut tepung..
kemudian beli sayur kangkung,kailan dan cendawan..
beli mi kuning juga..
hajat di hati mahu masak mi goreng..
beli juga santan dalam kotak..
kot2 la kalo teringin nak masak nasi lemak..
otak ni pk byk btol pasal makanan..

blk2 je terus potong sayur..
sambil tu masak nasi..
sebelum ni xpernah dgr pn org makan kangkung goreng cendawan..
mula2 rasa gabungan sayur yg pelik..
ni sume dtg nya dari anum yg biasa makan sayur ini di kafe kolejnya
jadi kitorg pn cuba masak kt rumah..
lebih sedap lagi kalo tambah belacan..
hehe..tp kt cni xde belacan..
jadi aku pn tumis ala kadar je la..

setelah siap masak..
aku pn makan..
ternyata puas hati makan masakan sendiri wpn sgt simple..
yg aku xsuka mkn kt kedai sebab org letak ajinomoto..
aku mmg xsuke kalo mcm tu..setelah kenyang mkn nasi..
minum air laici pula..

gemuk pula kang kalo setiap hari memasak..
tp..aku SGT SUKA MEMASAK ^_^


Sunday, May 9, 2010

productive weekend??is it??hehe..

0 comments
as usual aku kena blk rumah..
sbb ambil dina kat asrama..
balik2 je rumah mcm collapse je..
yg aku ingt tertido depan tv..
tp aku merungut xtahan panas..
lantaran rumah ku tidak jauh dari laut..
xsamapi 1km pn aku rasa..
bahangnya begitu terasa..
jadi masuk bilik dan on aircond..
nyaman terasa seluruh badanku..

yg aku ingat esoknya bgn makan nasi lemak..
makan je keje nye kalo duduk rumah..
lepastu tgk mak sedang menjahit tepi kain untuk buat sarung bantal..
aku pn offer la nk tolong jahit..sbb saiful da merengek..
lepastu aku tgk mak jahit ropol kt sarung bantal..

tiba2 terasa ingin menjahit..
sejak akhir2 ni,entah mengapa aku kerap berasa serabut..
tp bila memasak, kemas2, menjahit..
aku rasa sgt senang hati..
seolah-olah terlupa segala keresahan dan masalah..

aku pn cuba lah menjahit ropol itu..
nampak mcm mudah..
tp ternyata tanpa pengalaman,ia xsemudah yg disangkakan..

terngiang2 lg kata2 mak..
"senang je nk guna mesin jahit ni..kalo pandai bawak kereta,pandai la guna mesin jahit..mcm tekan pedal minyak"
hahaha..tergelak aku dengar mak berkata begitu

begitu susah untuk mengawal mesin jahit supaya sambil jahit sambil buat ropolnya..
tapi bila da siap satu,buat yang kedua sudah terasa mudahnya..
lama kelamaan aku pn kepenatan..

selepas itu masak tomyam..
hahaha..balik2 aku masak tomyam..
da semua orang suka..masak je la..

ptg keluar ke kedai bersama mak,dina dan saiful..
mula2 dina nak beli stok makanan dia..
kemudian ke kedai buku..
aku ternampak tali skipping..
mmg da lama nk beli..
jadi aku pn beli je la..
saiful pula sgt seronok tgk banyak buku sampaikan xnk keluar dari kedai..
kemudian dina nk cari anak tudung..

selepas itu..
seperti biasa..kami sangkut di sebuah butik baju..
cantiknya baju tu..
hahaha..kalo la duit banyak..da lama aku beli..
aku tertarik dengan design baru kain2 itu..
mak cakap bagitau la yang mana berkenan..
nanti mak belikan..
hehe..sukanya dalam hati..

entah mengapa kalo ditanya..
dalam banyak2 benda,apa yg aku ak?
mesti mulut ni laju je jawab baju..
sebab tu la baju aku sgt banyak..

mlm tu pn tido awal..
teringat betapa geramnya pada saiful..
dia telah campak buku aku bawah katil..
bersusah payah nk korek buku tu..
saiful pula tergelak2 seronok berjaya buang buku aku..
sabar je la..

bgn2 pagi je lepas breakfast..
tiba2 aku rasa nk potong kain untuk buat jubah..
kebelakangan ini aku rasa sgt selesa memakai jubah..
jadi aku pn potong 2 helai je..

lepastu timbul idea nk alter satu dress ni..
aku bli kat first lady semata-mata untuk dinner..
tp xsempat alter..
jd pakai sekali je..
so, aku potong sket bagi pendek sbb labuh sgt..
dan aku jahit balik sendiri..
nasib baik muat lagi..

so ptg blk kolej pakai jubah hitam itu ^__^


Friday, May 7, 2010

journey to terengganu..PART 2

0 comments
sambung cerita pada hari ahad pula..
bgn pagi pukul 5 untuk mandi..
selepas azan terus sembahyang subuh..
lepas sembahyang tido lagi kerana kesan actifed xhilang lagi..

kemudian tunggu utk naik bas..
disebabkan ramai yg tiada,jadi kami pn naik je bas girlz utk memudahkan driver..
tp malangnya..masih ada yg bersikap kebudak-budakan..
mereka tidak suka kami naik bas itu..
malah siap suh tunggu bas lelaki..
setelah diterangkan,baru mereka faham..
tetapi masih ada yg tidak puas hati kerana tidak dapat duduk tempat mereka..
so childish right?haha..

bertolak ke pantai batu burok..
sungguh indah..
aku teringin nak turun ambil gambar..
malangnya kerana panas,mereka tidak mahu turun..
so,driver decide untuk bawa kami breakfast..

selepas breakfast, pergi ke pasar payang..
great..a big market..
full of silk and batik..
really love to see the design..
hampir saja aku membeli sepasang baju ready made..
tapi berfikir secara rasional..
janganlah membazir..
aku hanya membeli sehelai kain batik gold linen and t-shirt labuh..

kemudian pergi ke bahagian makanan..
aku beli keropok ikan tamban isi banyak 1/2kg..
pastu xbeli pape da..terus pg tunggu bas..

again..konflik start lg..
sebab ada yg tiada pagi td sudah kembali naik bas..
so,xcukup satu seat rasanya..
terdengarlah lagi ckp2 yg mengatakan disebabkan kami lah,mereka terpaksa bersempit..
sempit sungguh kan pemikiran mereka?
kami ini sgt terasa terpinggir..
tp tetap bersabar dengan kerenah sahabat2 ni..

kemudian pergi ke Taman Tamadun Islam..
subhanallah..masjid kristal sgt cantik..
sebenarnya nak sgt pergi tgk replika masjid2 itu..
tp masa xmengizinkan..
aku pasti akan pergi di masa akan datang..

selepas iu blk bersiap2 dan solat..
menukar kepada baju kurung..
aku memakai baju batik hijau itu..
buat pertama kalinya pakai baju begitu..
terasa sungguh janggal..

setelah kemas2 dan angkut barang ke bas..
kedengaran lg mereka bising sbb xckup seat..
padahal rumah jeda dgn homestay tu 5-10minit je..
kami tetap BERSABAR..
siapakah kami ini?mengapa mereka buat begitu?
bukankah kami ini juga rakan seperjuangan mereka?

sampai di rumah Jeda..
tiada lg mood untuk mengambil gambar..
aku decide untuk makan dulu..
sudah siap mkan,nak masuk dalam rumah..
tiba2 terdengar ada org ckp2 belakang mengenai kami..
kebetulan bila mereka da abis ambil gmbr,aku siap makan..
jadi aku pergi bergambar dgn mereka..

kemudian salam dgn jeda sbb nak blk da..
on da way nk keluar rumah..
tiba2 kedengaran suara lantang dan tinggi
M*****I rupenya..
berkata dalam intonasi yang sgt tidak menyenangkan..
menyuruh kami yg naik bas lelaki supaya jgn naik bas ppuan da..
very immatured right?
we know what we're doing..
kami berasa sgt marah diherdik begitu di hadapan semua org..

bergegas ke bas untuk angkut beg..
dalam bas..kami meluahkan rasa marah terhadap mereka..
SABAR..SABAR dan terus SABAR..
but i choose to be HAPPY..

sampai R&R gambang..
tayar bas kami pulak pecah..
punya lah aku ini degil..
bergaduh dengan syed..hahaha
sgt comel..syed kelihatan xmampu nak marah da..
kitorg kuar bas jgk lepas tu..
tp ain masih rasa syed xpatot cakap macam tu kat dia
ak plak rasa nk gelak..sbb ak da biasa kot..

last skali naik bas Majlis Sukan Negara..
thanks so much..
sampai hukm kul 12 tgh malam


this journey full of EMOTION..
H.A.P.P.Y
S.A.D
A.N.G.E.R


journey to terengganu..PART 1

0 comments
pada 30 April 2010..
seramai 76 org pelajar perubatan tahun 5..
dengan menaiki 2 buah bas..
bertolak ke kuala terengganu..
degan mempunyai 2 motif..
motif utama adalah untuk ke walimatul urus ehsan dan jeda..
untuk memenuhi motif utama,
kami menjalankan program kembara mahasiswa
bagi mencapai motif utama kami..
degan kos yg sgt berpatutan..
SAMBIL MENYELAM, MINUM AIR..

ini adalah kali pertama aku menaiki bas untuk long journey..
juga kali pertama perjalanan di waktu malam..
jadi aku xdpt membayangkan bagaimana keadaan aku..
disebabka aku takut mendapat motion sickness..
jadi aku pn mengambil prophylaxis..
aku makan maxolon sebelum perjalanan..

seperti biasa..
perempuan ni sgt excited..
mereka berebut2 menaiki bas..
aku ni mmg xreti nak berebut2 ni..
jadi bila aku naik bas tu..
aku lihat semua tempat itu telah di "COP"
well..kedengaran dari mulut2 seseorang..
bahawa sistem "FIRST COME, FIRST SERVE" tidak diguna pakai..
sistem yg digunakan adalah sistem "COP" untuk geng masing2

aku act naturally je la..
dgn rela xrela naik je la bas lelaki..
bukannya ada apa pun nk ditakutkan..
kami 7 org ppuan naik bas lelaki..
xsusah pn..xperlu berebut2..
seat di hadapan telah dikosongkan utk kami..

perjalanan pn bermula..
aku berborak2 bersama teman di sebelahku..
kemudian berhenti di R&R Temerloh utk solat isyak dan dinner
sewaktu itu..ada teman ku berasa sungguh terpinggir
sebab semua girls yg naik satu bas ambil gmbar..
tapi langsung tidak mengajak kami yg di sebelah mereka..
aku xde la kisah sgt sebab bukan GIGAM..hehe

perjalanan di teruskan..
tp aku sgt susah nk tido..
mungkin sebab xbiasa..rasa sgt xselesa..
akhirnya dekat pukul 2 baru tertido..
tp..pukul 3 lebih terbangun sebab driver buat sudden brake..

selepas itu..aku xdapat melelapkan mata lagi..
mula la terasa pening2 kerana xdapat tido..

lebih kurang 4.30 pg..
tiba di masjid terapung..
buat pertama kali aku menjejakkan kaki ke situ..
sungguh indah..
betapa tenangnya hati melihat keadaan di situ..

kemudian bersiap2 untuk mandi..
sekali lagi..ada kawan mengatakan sistem "COP" diamalkan..
aku agak kurang senang dengan mereka..
tp..just follow the flow..

lepas mandi dan sembahyang..
bersiap2 utk pergi breakfast..
disebabkan xbiasa makan nasi dagang,
aku hanya makan nasi lemak..
ttp dalam nasi lemak pn dia letak ikan tongkol..
weird sungguh aku rasa..
xbiasa makan begitu..
jadi nasi lemak pn xabes..

setelah itu berangkat utk program kembara mahasiswa di SHAMS..
well..jadi fasi..
tp aku rasa sgt xsihat with gastritis dan pening2..

jadi aku pn mcm xingt apala isi penuh program..
seolah-olah subconscious..

ptg masa program SGD..
aku rasa xsenang melihat sahabat2 ku mengarah kami..
iye..saya tahu mereka konon2 orang penting program..
tp ada segelintir seperti yg menggunakan kuasa..
bagai xpernah buat program...
plz be synchronize to each other..
ada pula yang memerli2 sahabat mereka sendiri..
sungguh menjengkelkan perangai mereka..
mujur partner fasi aku sgt warm..
mendamaikan suasana yang HOT jadi COOL..
hahaha..if not, i'll be in the bad mood..

kemudian tibalah sesi pembentangan..
masa ni aku da sgt xlarat..
tiba2 diserang ALLERGI..
aku rasa dewan tu sgt berhabuk..
sehinggakan aku sukar bernafas..
aku berlari ke luar mahu mendapatkan udara segar..

tp xjadi better pn..
strated to sneeze, runny nose, and itchiness all over the body..
mula la rasa xlarat..suara pn jadi sengau..

aku tunggu juga program sehingga habis..
ada sesi ambil gambar..
then finish................

kembali menaiki bas..
menunggu pasangan yg baru bernikah datang menjemput..

ke rumah ehsan syukri..
rasa excited..gembira melihat mereka bahagia..
mak ehsan masak laksam untuk kami semua..

buat pertama kali nye aku rasa laksam..
biasa makan laksa je..
tp ternyata masakan mak ehsan sgt sedap.
tp aku tetap xberani sentuh belacan..
ada bubur pulut hitam juga..sgt sedap..
kemudian bergambar lg..

disebabkan aku ni bukanlah GIGAM
aku tidak mengambil gambar berdua bersama pengantin..
beramai2 cukuplah..

selepas itu berangkat ke homestay..
dalam tiba2 tangan aku develop allergy..
jd bengkak,merah,gatal dan panas..
tidak tahu mengapa..

setelah sampi homestay..
masuk bilik..
COP turn nk mandi..then aku makan ACTIFED..
kemudian mandi dan terus collapse..
bgn mamai2 iron baju kemudian collapse lg..sedar2 da pukul 5 pagi..


BERSAMBUNG~