Saturday, May 23, 2009

Tart Buah-buahan^_^



Bahan-bahan ( 15 orang )

  • Tepung biasa 200g, Gula Ising 50g, Garam sedikit, 1/2 Telur, Mentega 100g, Perasa Vanila 1 sudu kecil.
  • Krim Kastard- Tepung Kastard segera 250g, Susu 600g, Perasa vanila 1 sudu kecil.
  • Buah-buahan seperti anggur,mempelam,rambutan, nanas,lanci.( Boleh Guna tin Buah-buahan campuran)
  • *Guna Acuan tart and acuan keras.

Cara-cara

  1. 1) masukkan tepung, mentega, gula ising, garam dan 1 sudu kecil perasa vanila ke dalam mangkuk.(tepung tidak perlu Ayak)
  2. Dsc002440
    2) Pukulkan semua bahan perlahan-perlahan dengan machine kek sehingga rata. Selepas rata, gunalah tangan untuk menjadikan dough.
  3. Dsc002490
    3) Guna acuan cawan untuk membuat bentuk tarts.(saiz sesuka hati tapi jangan guna acuan terlalu kecil atau terlalu besar)
  4. Dsc002560
    4) selepas membuat bentuk cawan guna garpu buat lupang kecil di atas cawan (tempat bulat)untuk tepung nafas semasa bakar. Guna pisau rata untuk ratakan dan cantikkan muka dan tepi cawan.
  5. 5)Bakar acuan dengan 190c dengan 12minute.
  6. Dsc002600
    6) selepas bakar, letakkannya di meja hingga sedikit sejuk keluarkan bentuk dan masukkannya ke dalam acuan kertas.
  7. 7)sediakan krim kastard, masukkan semua bahan krim kastard di dalam mangkuk. pukulkannya dengan tangan sehingga rata. Krim Kastard tidak perlu dimasak boleh dimakan begitu sahaja.
  8. Dsc002640
    8) potong buah-buahan (bentuk kecil). selepas ini, masukkan isi kastard dengan sesuka hati.Jangan masukkan kastard terlalu banyak. mesti beri tempat hias buah-buahan.
  9. Dsc002670
    9) hiaskan buah-buahan kepingan di atas kastard. Akhirnya simpan tarts ke dalam peti sejuk sebelum di makan.
  10. *sedapnya makan habis dalam 3-4 hari.

hehe..inilah resipi tart buah-buahan..ak suka sgt makan tart buah ni..tapi mahal la..huhu..tu yg ak tgk resipi ni..kot2 la bleh buat nnt..hehehe..i wish i can do it on my own in the future..


1 comments:

Feminine.Charisma said...

akak try buat kastad dia tp tak jadik..doh dia sedap :) tp syg tak dapat menikmatinya secara penuh :p

Post a Comment