Bahan-bahan ( 15 orang )
- Tepung biasa 200g, Gula Ising 50g, Garam sedikit, 1/2 Telur, Mentega 100g, Perasa Vanila 1 sudu kecil.
- Krim Kastard- Tepung Kastard segera 250g, Susu 600g, Perasa vanila 1 sudu kecil.
- Buah-buahan seperti anggur,mempelam,rambutan, nanas,lanci.( Boleh Guna tin Buah-buahan campuran)
- *Guna Acuan tart and acuan keras.
Cara-cara
- 1) masukkan tepung, mentega, gula ising, garam dan 1 sudu kecil perasa vanila ke dalam mangkuk.(tepung tidak perlu Ayak)
- 2) Pukulkan semua bahan perlahan-perlahan dengan machine kek sehingga rata. Selepas rata, gunalah tangan untuk menjadikan dough.
- 3) Guna acuan cawan untuk membuat bentuk tarts.(saiz sesuka hati tapi jangan guna acuan terlalu kecil atau terlalu besar)
- 4) selepas membuat bentuk cawan guna garpu buat lupang kecil di atas cawan (tempat bulat)untuk tepung nafas semasa bakar. Guna pisau rata untuk ratakan dan cantikkan muka dan tepi cawan.
- 5)Bakar acuan dengan 190c dengan 12minute.
- 6) selepas bakar, letakkannya di meja hingga sedikit sejuk keluarkan bentuk dan masukkannya ke dalam acuan kertas.
- 7)sediakan krim kastard, masukkan semua bahan krim kastard di dalam mangkuk. pukulkannya dengan tangan sehingga rata. Krim Kastard tidak perlu dimasak boleh dimakan begitu sahaja.
- 8) potong buah-buahan (bentuk kecil). selepas ini, masukkan isi kastard dengan sesuka hati.Jangan masukkan kastard terlalu banyak. mesti beri tempat hias buah-buahan.
- 9) hiaskan buah-buahan kepingan di atas kastard. Akhirnya simpan tarts ke dalam peti sejuk sebelum di makan.
- *sedapnya makan habis dalam 3-4 hari.
hehe..inilah resipi tart buah-buahan..ak suka sgt makan tart buah ni..tapi mahal la..huhu..tu yg ak tgk resipi ni..kot2 la bleh buat nnt..hehehe..i wish i can do it on my own in the future..
1 comments:
akak try buat kastad dia tp tak jadik..doh dia sedap :) tp syg tak dapat menikmatinya secara penuh :p
Post a Comment