Tanggal 8 Jan 2011..
Keluarga Fadhli datang merisik..
Satu kereta je datang..
Atok,Makwan,Mak,Abah,Faez & Fadhli..
Membawa sebentuk cincin belah rotan..
Aku masak kat dapur,ala kadar je..
Ayam masak merah,udang goreng,ikan goreng dan sayur campur..
Majlis bermula..
“sudah berpunyakah cik hanisah ni?”
“belum”
Selepas itu,mak Fadhli pun menyarungkan cincin risik..
Terus berbicara mengenai nikah..
Lupakan saja pasal tunang,sebab terus nikah..
Bincang tarikh nikah terus..
Kata sepakat telah dicapai..
Hantaran RM10k, mas kahwin RM 300..
Dulang hantaran 5 berbalas 7..
0 comments:
Post a Comment