Saturday, February 20, 2010

MaNiKaM KaLBu..



hari ni aku gunakan masa aku untuk menghabiskan sebuah novel bertajuk manikam..oleh Faisal Tehrani..

pada dasarnya nampak agak boring sedikit berbanding novel2 lain disebabkan novel ini penuh dengan bahan ilmiah mengenai dunia jahitan dan seni reka fesyen..

aku agak tertarik dengan isu yang dikupas oleh penulis..rupanya bukan aku sahaja yang pernah terfikir mengenai isu ini..

dipetik dari novel ini..

"kita kan orang Melayu, mana santunnya kalau gadis Melayu berseluar jeans ketat, carik di lutut, bercoreng tulisan di punggung dan kemudian dipadan kebaya? Ini kreatif songsang dan berniat jahat ke atas budaya Melayu."

pada aku, ayat ini sangat menarik..menyedarkan aku bahawa Melayu semakin hilang..warisan seni budaya semakin hilang..pernah beberapa kali ketika berjalan-jalan di shopping kompleks aku terlihat anak-anak Melayu memadankan kebaya dengan seluar jeans..pada aku,gabungan itu nampak begitu jelek..tidak dinafikan remaja sekarang mahukan kombinasi tradisi dan moden..tapi jika terlalu memandai, hasilnya kelihatan tidak sedap mata memandang..

perkara kedua yang aku tertarik dalam novel ini ialah ketika Sultan mahu mengadakan pertandingan untuk menggubah busana Melayu..dengan rasa rendah diri Sultan pergi berjumpa dengan seorang Tuan Guru bagi mendapatkan pandangan mengenai syarat busana Melayu

1) Hendaklah pantang menutup aurat. Sesiapa memakai tetapi terbuka aurat, tanda imannya sudah berkarat.

2) Pantang kainnya nipis. Apabila berkain baju tipis, disitulah tempat setan dan iblis. Apabila memakai baju terlalu jarang, malu tak ada aib pun hilang. Sesiapa memakai akan pakaian tembus mata, tanda dirinya nista.

3) Pantang ia berpotongan ketat. Tidak boleh sama sekali menampak lekuk atau liku di tubuh. Ingatlah apabila memakia yang ketat-ketat, agama hilang binasa adat. Barang siapa berbaju sempit, imannya malap, jiwanya sakit.

4) Pantang ia mengada-ada.

5) Dilarang sekali memandai-mandai. Kerana apabila memandai-mandai, aib tersingkap, malu terburai.

jelas sekali apa yg dituntut dalam pertandingan busana itu selari dengan ajaran Islam..


0 comments:

Post a Comment