Wednesday, July 21, 2010

bersyukurnya aku padaMu..


disebabkan hari ni aku anhedonia..
jadi aku telah buat benda2 yang xberfaedah..
tapi benda2 xberfaedah ini telah buat aku reflect diri aku balik..
antara benda2 xberfaedah yang aku da buat ialah..
aku pegi tengok gambar kawan2 aku dekat Fb..
nauzubillah..
semoga aku dijauhkan daripada segala benda seperti itu..
bagaikan tidak percaya..
melihat ada sahabat yang dulu bertudung kini rambut nya bebas untuk dilihat sesiapa..
sedih tatkala aku melihat gambar2 itu..
ada juga yang dulu naqibah waktu aku sekolah..
yang dulunya selalu memberi nasihat ke arah kebaikan..
tapi kini..
hanya berbaju lengan pendek..
berbaju ketat..
tudung diselempang sehingga terdedah dada..
begitu drastik perubahannya..
malah aku bertambah sedih melihat akak usrah aku..
yang dulunya pakaiannya tertutup..tapi kini..
tudung labuh entah hilang ke mana
hinggakan tudung terdedah dada..

bukanlah aku hendak mengata atau mempersoalkan orang lain..
tapi ternyata mnusia itu bisa berubah bila2 masa sahaja..
yang menyedihkan lagi pabila orang itu adalah org yg aku hormati dan sanjungi

alhamdulillah..
aku masih dikelilingi sahabat yang sentiasa menegur aku jika pakaian ku dirasakan tidak sesuai..
dia juga sering memberi pendapat dlm pemilihan bajuku..
aku masih punya keluarga yang menitik beratkan pemaikaian yang sopan..

kesimpulannya..memang sume tu bergantung pada diri sendiri..
tapi sedikit sebanyak orang disekeliling kita mempengaruhi cara kita berpakaian..

kadangkala..aku hampir tergoda dengan hasutan syaitan..
timbul di dalam hati ku ingin berpakaian mengikut trend skg..
contohnya selendang yg mcm2 design dan corak..
aku amat tertarik..
tapi hanya akan ku pakai selendang sekiranya aku jumpa selendang yg cukup besar..
kadangkala..teringin juga ingin memakai kebaya..
tapi..keburukannya sungguh banyak..
lalu aku padamkan hasrat itu..
aku selesa dengan pakaianku sekarang..

aku bersyukur kerna telah dididik begini..

namun kadangkala aku terasa hati..
ada segelintir orang menegur pakaianku..
katanya aku bertambah seksi sekarang..
cerminlah diri anda dulu sebelum menegur aku
bukan aku tidak mahu menerima teguran..
tapi aku merasakan pakaian aku sudah cukup sopan..
malah jauh lebih sopan dari dia yang menegurku..

susah kita mahu berkata..
setiap orang punya persepsi yang berbeza..
tapi setelah aku tanya pendapat sahabat2 yang lain..
masing2 mengatakan aku tidak pernah berpakaian seksi..
apa yg ku pakai sudah cukup sopan..

semoga Allah memberi aku istiqamah dalam melakukan kebaikan..
semoga sahabatku diberikan hidayah untuk berjuang menutup aurat..

apala aku merapu malam2 ni..
tula..anhedonia punya pasal..
sekarang aku nak bersemangat balik..
malas2 ni hasutan syaitan..
aku kena berjihad untuk melawan perasaan ini..
Allahuakbar!!!

0 comments:

Post a Comment